“Penunggu atau lembaga putih mereka maksudkan itu saya,” jelas Sulaiman Mangat, 77, atau mesra dengan panggilan Tok Man selepas tersebarnya satu gambar dikatakan hantu perempuan berbaju putih sedang berjalan di Jalan Ayer Hitam-Batu Pahat berhampiran Parit Khalil, di sini.


Penyebaran gambar itu menggemparkan penduduk kampung dan pengguna jalan raya kerana mereka fikir hantu tersebut ada kaitan dengan kes berlakunya kemalangan jalan raya di situ.

Sulaiman mengatakan bahawa semua itu adalah tidak betul kerana lembaga putih itu adalah gambar dirinya yang sedang berjalan kaki untuk solat di Surau Sentosa Parit Khalil Laut pada jam awal 5.45 pagi

Tambahnya lagi, kebetulan pada pagi itu dia menggunakan jalan pintas yang dikelilingi dengan pokok kelapa sawit dengan mengenakan jubah dan serban bewarna putih.

“Mungkin apabila saya keluar dari celah pokok sawit itu dan ditambah dengan pakaian serba putih, ia mengejutkan penduduk berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here