Adakah anda kagum dengan struktur buatan yang dibina pada tahap ketinggian yang melampau seperti di Grand Canyon Skywalk?

Beribu-ribu tahun yang lalu, Cina kuno telah mencipta “skywalk” terawal di sepanjang tebing, bukan untuk tempat melihat pemandangan, tetapi untuk pengangkutan. Ia dipanggil sebagai Gallery Road.

Teknik pembinaan Gallery Road telah diturunkan generasi demi generasi, dan berkembang menjadi bentuk seperti hari ini sebagai teknologi seni bina yang telah dimodenkan. Sebagai contoh, jalan-jalan ini dibuat dengan papan kayu, tetapi kini dibuat dengan konkrit.

Walau bagaimanapun, langkah keselamatan yang diambil dan alat binaan yang digunakan kelihatan sama seperti beribu tahun yang lalu.

Pasukan pembinaan di Wilayah Hunan ini mula membina Gallery Road yang panjangnya 0.6 batu, dan 1,320 kaki dari atas tanah. Gambar-gambar projek menunjukkan keadaan yang sukar dan berbahaya yang hanya dilakukan oleh pekerja lelaki.

Satu perbandingan dengan binaan yang dilakukan di atas tanah adalah tidak boleh menggunakan jentera, jadi pembinaan Gallery Road bergantung hampir sepenuhnya kepada tengaha buruh.

Para pekerja hanya mempunyai alat yang biasa sahaja, dan mereka bekerja tanpa tali keselamatan.

Seorang pekerja memberitahu media: “Kerja tidaklah teruk apabila anda terbiasa dengannya. Pendapatan yang saya perolehi membolehkan kedua-dua anak saya kekal di sekolah. ”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here