Satu video yang menunjukkan dua orang lelaki dalam satu pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada kemalangan yang kecil telah mendapat kritikan oleh pengguna internet yang terkejut kerana orang ramai lebih memilih untuk merakamkan pergaduhan itu daripada meleraikannya.

Video dua minit itu telah dimuat naik ke laman Facebook Siakap Keli pada 14 April telah mendapat lebih daripada 284,000 paparan ketika laporan ini diterbitkan.

Ia bermula apabila seorang lelaki yang kelihatan lebih tua daripada yang seorang lagi meminta maaf kerana terlanggar keretanya.

Permohonan maaf lelaki itu tidak dihiraukan dan ketika dia masih lagi bercakap, dia ditendang di bahagian perutnya.

Terkjeut dengan tindakan lelaki itu, dia kemudian lari ke kawasan tempat jalan dibaiki yang berdekatan, mengambil sekeping papan kayu dan mula berbalas hayunan kayu dengan lelaki muda yang juga turut memegang sekeping papan kayu.

Orang ramai di situ hanya berdiri sambil merakam kejadian itu namun tidak cuba untuk membantu lelaki yang cedera berkenaan atau menyejukkan lagi keadaan.

Mujurlah seorang lelaki yang mengaku sebagai seorang anggota polis tampil campur tangan bagi meleraikan pergaduhan itu,

Walaupun video itu tidak menyatakan di mana kejadian itu berlaku, portal berita MYNEWSHUB melaporkan bahawa kejadian itu berlaku di Petaling Jaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here