Berita hiburan tanah air sekali lagi menerima berita yang menyedihkan apabila salah seorang daripada pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar telah meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Berita itu dikongsi oleh wartawan Melodi, Zuan Azmi melalui laman sosial Instagram miliknya. Katanya, jenazah Annuar telah dikebumikan di Masjid Al-Faizin, Kuala Lumpur setelah Zohor petang tadi.

Menurut kakak Allahyarham, adiknya mula mengadu sakit belakang sejak tiga minggu lalu setelah pulang dari Johor Bahru.

Tambahnya lagi, Allahyarham mengalami sakit yang berdenyut sehingga ke perut dan pernah mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan islam. 


Dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan memegang watak sebagai Wan Kaswi dan merupakan seorang watak yang kelakar dan suka membantu orang kampung, malah sentiasa murah dengan senyuman.

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here