Seorang tukang sapu yang bimbang mayat yang dijumpai mangsa pembunuhan sebenarnya mumia yang berumur lebih 900 tahun. Mumia terbabit yang dipercayai wujud sejak tahun 1,100 lagi itu dijumpai oleh tukang sapu itu di barat laut Peru dalam kotak kadbod yang diikat dengan tali di hadapan kompleks arkeologi purba yang besar.

Pihak berkuasa percaya mumia berkenaan dilarikan dari kawasan arkeologi di Chan Chan yang pernah menjadi ibu negara Empayar Chimu. Empayar itu telah wujud di kawasan pantai Peru sekitar tahun 1100. Tukang sapu, Otilio Padilla Miramontes, 54, berkata: “Ia nampak macam kotak biasa yang dibuang di jalan raya. Saya menjumpainya awal pagi sewaktu membersihkan jalan raya di Trujillo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here