Pada permulaan video ini, ia kelihatan sama macam video-video yang biasanya viral disebarkan di laman sosial tentang kes melibatkan buli tetapi kualiti visualnya kali ini berdefinisi tinggi.

Aksi seorang pelajar berpakaian seragam sekolah menengah dalam rakaman ini betul-betul macam samseng yang bertindak memukul pelajar lain ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

Saksikan video di bawah:


Dah tonton? Hee. Rakaman ini sebenarnya hanya untuk memberikan pengajaran kepada mangsa buli untuk menggalakkan mereka mempelajari seni mempertahankan diri.

Tapi bila dah ada ilmu mempertahankan diri tu janganlah pula menggunakannya untuk membuli orang lain atau berlagak kuat pulak! Cukuplah guna untuk saat-saat kecemasan sahaja seperti ketika dibuli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here