Multan: Seorang lelaki dan bapanya telah ditangkap setelah mereka melakukan pembunuhan terhadap isteri lelaki tersebut yang meninggalkan rumah tanpa meminta kebenarannya.

Muhammad Siddique menjadi berang apabila mengetahui yang isterinya, Shabana Bibi, 25, telah melawat kakaknya tanpa terlebih dahulu bertanya kepadanya sama ada dia boleh keluar ataupun tidak.

Siddique dan bapanya kemudian membunuh Bibi dengan menyimbah petrol dan membakarnya di daerah Muzaffargarh pada hari Jumaat lalu.

Bibi telah berkahwin dengan Siddique selama tiga tahun. Dia dikatakan sering menderita akibat dipukul kerana tidak boleh hamil, kata Azam, abang kepada mangsa.

Akibat luka terbakar lebih 80 peratus pada tubuhnya, Bibi meninggal dunia di hospital.

“Kami telah menahan suami dan bapa mertua perempuan si mati dan mereka dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan pembunuhan dan keganasan,” kata Ketua Polis Daerah Rai Zameer-ul-Haq kepada AFP. 


Tuduhan “keganasan” kerap digunakan dalam kes-kes seperti itu bagi mempercepatkan proses perbicaraan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here