Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan panggilan ‘The Rock’ berkongsi cerita yang menyentuh hati yang berlaku selepas beliau memberhentikan kereta selepas seorang lelaki mengejar keretanya sambil menjerit memanggilnya.

Apabila beliau berhenti, lelaki yang mengaku peminatnya, Nick Miller, berlari lantas memeluknya dengan kuat lalu menceritakan bagaimana beliau menjadi inspirasinya melawan kanser dan keinginannya yang sudah lama untuk bertemu dengan idolanya itu.

Lelaki itu menyatakan betapa besarnya peranan The Rock kepadanya dalam menyuntik semangat bagi melawan penyakit kanser yang dihadapinya.

The Rock kemudian langsung memeluknya dan mereka mengambil gambar bersama. Dalam laman Instagram miliknya, beliau mengaku peristiwa itu sangat membuatkan beliau terharu dan mengalirkan air mata ketika dalam perjalanan ke rumahnya.

Cool story to share on Easter.. After my workout I’m drivin’ in my pick up and notice these kids in the rearview mirror screamin’ & runnin’ after my truck. Thought to myself, “Should I stop or keep drivin’?” I stopped. I hop out of my truck and this kid runs up to me, hugs the hell outta me and says it’s been his life’s dream to meet me and tell me how much I’ve inspired him to fight cancer (Hodgkin’s lymphoma) and hard core chemo and stem cell transplant treatments. He was a little teary eyed and said for months and months all he’s wanted to do was find me and say this face to face. I told him what it meant to me to hear this story. I thanked him, hugged him (and his friends), got back in my truck and drove away. As I’m drivin’ I start shaking my head (and tearing up) at how fragile life is and how amazing and cool the universe was to make this meeting happen between myself and this special kid Nick Miller. Let’s always take a moment to count our blessings.. cause there’s always something to be grateful for. Happy Easter y’all – DJ
A photo posted by therock (@therock) on   


The Rock membuktikan walaupun beliau seorang yang terkenal di serata dunia dan mempunyai otot yang besar serta badan yang gagah, ia tidak menjadikan dirinya seorang yang sombong dan tidak menghalangnya untuk menjadi seorang yang mempunyai hati dan perasaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here