Cacing biasanya hidup dalam sistem pencernaan manusia. Perkara itu sudah menjadi fakta yang biasanya sudah diketahui luas oleh masyarakat. Namun bagaimana jika cacing tersebut berada di mata anda?

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan penemuan cacing bewarna kuning yang mempunyai panjang 19cm  di mata seorang lelaki yang mengadu matanya gatal dan sakit.

Cacing itu dikenali sebagai Loa loa Filariasis yang boleh menjangkiti mata manusia.

“Cacing Loa loa awalnya ditemui di Afrika dan sekarang telah tersebar ke Asia. Lalat bakau dipercayai adalah punca pembawa cacing ini. Lalat tersebut bertelur melalui luka kecil pada badan manusia. Kematian cacing itu di dalam tubuh boleh membawa maut kerana boleh mencemarkan darah. penyakit ini dikenali sebagai microfilariasis atau Loa loa anai (Loiasis).” kata Dr Mulamoottil.


Jika cacing itu tidak dikeluarkan, ia mungkin boleh menuju ke dalam lapisan-lapisan mata dan menyebabkan hilang penglihatan.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here