Seekor ular bukan sahaja menang selepas bertarung dengan seekor buaya, malah binatang itu turut meraikan kemenangannya dengan menelan buaya itu.

Kejadian ini berlaku di Tasik Moondarra, berhampiran Mount Isa, Australia. Ular yang dipercayai ular sawa yang mempunyai panjang lebih kurang tiga meter itu telah membelit buaya itu di dalam air.

Selepas pertarungan selama lima jam, ular itu menarik buaya keluar dari air dan melepaskan mangsa yang sewaktu itu sudah mati.

Apa yang mengejutkan apabila ular itu kemudiannya menelan buaya itu yang dianggap adalah satu perkara yang luar biasa.

Saksikan video mengerikan di bawah.

Corlis berkata buayalah yang memulakan pertarungan pada awalnya tetapi malangnya ia tidak setanding dengan ular sawa besar itu.

“(Buaya) bertarung pada mulanya, ia cuba untuk memastikan kepalanya keluar dari air dan bertahan hidup,” katanya kepada ABC News.

“Tetapi apabila pagi berlalu, anda dapat mengetahui bahawa kedua-dua mereka semakin lemah dalam pertempuran yang sedang berlaku, akhirnya buaya mengaku kalah. ”

(Foto: Marvin Muller)
(Foto: Marvin Muller)

Pakar ular, Profesor Madya Bryan Fry, dari University of Queensland, mengatakan ular sawa air biasanya menyasarkan tikus dan haiwan yang lebih kecil, tetapi buaya air tawar kecil adalah mangsa yang mudah. Ular itu mungkin tidak perlu makan lagi untuk sebulan tetapi mungkin akan “membuangnya” kerana ia tidak mempunyai cara untuk mempertahankan badannya, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here