Semakin hari semakin pelik pula gaya fesyen tudung wanita di zaman ini. Dari tudung unta, ke tudung gerombolan dan banyak lagi.

Walaupun mendapat kutukan daripada orang ramai, fesyen seperti ini masih lagi menjadi pilihan sesetengah wanita yang merasakan diri mereka patut mengenakan tudung seperti itu.

Terkini, fesyen tudung seperti pocong pula menjadi trending para wanita khususnya golongan muda.

Fesyen ini memperlihatkan ikatan di atas kepala yang tidak ubah kelihatan macam hantu pocong.

Nampak agak melampau seperti membalut kain kafan pada diri sendiri.

Tapi mungkin fesyen ni ada mesej tersendiri kan untuk mengingatkan kepada wanita yang tidak bertudung kepada kematian?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here