Gambar hiasan.
Seorang lelaki yang berang dengan buaya yang memakan isterinya yang mengandung nekad untuk membunuh buaya itu.

Isterinya, Demeteriya Nabire dipercayai dibaham oleh seekor buaya ketika dia pergi ke tasik berhampiran rumahnya untuk mengambil air.

Menyedari isterinya tidak pulang, lelaki itu beserta orang kampung keluar mencari Demeteriya. Apa yang menyedihkan mereka terjumpa keratan kaki mangsa yang masih lagi berselipar dan sebuah telefon bimbit.

Merasa berang dengan kejadian itu, suaminya Mubarak Batambuze pergi ke kedai besi untuk menempah senjata iaitu sebatang lembing yang paling tajam bernilai RM25.02 bagi memudahkannya memburu buaya itu.

Setelah senjatanya itu siap, dia menunggu haiwan itu berdekatan dengan kawasan tempat kejadian isterinya dibaham lebih seminggu lalu.

Lelaki berumur 57 tahun itu kemudiannya berjaya menemui buaya itu dan membawanya naik ke tebing sungai dengan pertolongan lima rakannya yang lain untuk membalas dendam.
Dia kini dianggap sebagai hero oleh orang tempatan kerana berjaya membunuh buaya ganas itu yang membuatkan penduduk kampung ketakutan sejak setahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here