Menggunakan helah perspektif dan seni bina moden yang halus, arkitek Australia F2 telah membina rumah terapung mewah yang kelihatan seperti berada terapung di atas lautan Selatan Australia.

Ilusi ini tdari tidak akan menjadi jika kita meliht dari sudut yang lain selain dari jambatan untuk ke pintu masuk, tetapi bangunan ini masih lagi menarik. Dari sudut lain, ia kelihatan seperti bangunan itu dibina di atas tiang yang berada setinggi 40m (atau kira-kira 130 kaki) dari arah bawahnya.

Sebaik sahaja anda menyeberang ke arah jambatan bangunan itu, (dan dengan syarat anda tidak takut ketinggian), anda akan disambut dengan pemandangan yang menakjubkan Pantai Fairhaven dan Great Ocean Road di bawah.

Bangunan ini boleh disewa dengan harga antara 440 hingga 1.220 dollar Australia untuk satu malam. Ia pasti berbaloi untuk mereka yang mencari tempat percutian yang mewah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here