Pertandingan Kilauan Emas musim kelima sudah pun mula disiarkan di kaca televisyen setiap hari Rabu saluran Astro Prima.

Ramai peminat rancangan itu terkejut selepas seorang pelakon yang terkenal muncul untuk turut sama menyertai program realiti tersebut.

Pelakon yang dikenali dengan nama Shahrulzaman atau lebih mesra dengan panggilan Shahrul terpilih antara 10 peserta yang dipertandingan dalam Kilauan Emas.


Agaknya kenapa beliau secara tiba-tiba menceburi bidang nyanyian?

“Saya sebenarnya lebih minat dengan nyanyian sejak muda dulu lagi. Tapi saya berlakon dahulu sebab ajakan adik saya, pengarah Along Kamaluddin.

“Saya fikir inilah tahun terakhir kalau saaa nak cuba tonjolkan bakat menyanyi… sebab umur saya dah 49 tahun.

“Kalau tahun ini saya tak masuk, saya tak akan masuk dah sampai bila-bila. Kalau umur dah masuk 50 tahun, pasti saya tak akan cuba lagi,” katanya.

Beliau yang menggunakan nama Zaman dalam rancangan itu gembira kerana dapat menyertainya lebih-lebih lagi apabila mendapat sokongan dan galakan daripada adiknya dan orang sekeliling.


Shahrul mengatakan beliau pernah merakamkan album suatu masa dahulu tetapi usahanya tidak berhasil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here