Baru-baru ini, viral satu video ‘perkuburan 1Malaysia yang dipercayai wujud di Kampung Tanjung Agas, Muar.


Ketua Kampungnya, Ishak Ahmad tampil menafikan dakwaan bahawa wujud 
kubur orang Islam, Cina dan penganut Kristian yang dikebumikan di tempat yang sama.

“Kami telah melakukan siasatan sebaik menerima berita berkenaan dan setakat ini saya sahkan kawasan perkuburan itu tidak terdapat di sini.

“Di Tanjung Agas ini terdapat hanya dua tanah perkuburan Islam dan kami tidak menjumpai mana-mana kubur yang lain apatah lagi seperti yang didakwa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kontroverso rakaman video berdurasi lebih dua minit yang menunjukkan kawasan perkuburan tersebut yang dimuat naik pada 19 April lalu akhirnya terjawab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here