Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun melakukan perbuatan yang sungguh mengharukan apabila sanggup mendukung rakan OKU nya ke sekolah setiap hari sejak tiga tahun yang lalu.

Menurut The Independent, Xie Xu telah menawarkan diri untuk menjaga rakan sekelasnya Zhang Chi yang berusia 19 tahun yang mengalami distrofi otot.


Bukan itu saja, Xie juga sanggup menolong rakannya untuk membeli makanan dan mencuci pakaian.


Kedua-dua lelaki itu mula berkenalan ketika belajar di Sekolah Tinggi Daxu di Xuzhou yang merupakan sebuah bandar yang besar di wilayah Jiangsu, China.

“Kisah pelajar ini sangat menyentuh perasaan. Mereka bukan keluarga, tetapi Xie sanggup menolong rakannya ini semenjak tiga tahun lau.” kata Penolong Pengetua Sekolah Tinggi Daxu, Guo Chunxi.

Kedua-dua pelajar itu dikatakan tidak pernah terlepas satu pun kelas. 

Cerita ini telah dikongsi secara meluas di media sosial dan juga mendapat liputan media tempatan secara meluas.

Walau bagaimanapun, Xie mungkin tidak dapat membantu rakannya untuk lebih lama lagi kerana Xie mungkin akan melanjutkan pengajian di Institut Politeknik Nanjing selepas tamat sekolah tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here