Caleta La Cruz (Peru): Sekumpulan nelayan terperanjat apabila seekor ikan pari bersaiz gergasi seberat hampir 1000kg terperangkap dalam jaring mereka.


Nelayan, Franco Vergara, 39, berkata, ‘Kami benar-benar terkejut apabila merasakan bot tiba-tiba bergoyang dengan kuat dan hampir terbalik.’

Ikan pari gergasi itu cedera teruk dipercayai akibat dilanggar oleh kipas bot. Nelayan itu kemudiannya menarik ia ke darat dan memanggil pihak berkuasa tempatan.

Nelayan percaya bahawa ikan pari seperti ini gemar makan ikan lain dan menenggelamkan bot namun selepas tahun 1970-an, persepsi mereka mula berubah apabila menyedari bahawa ia adalah haiwan yang tenang dan tidak berbahaya kepada manusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here