Seorang guru lelaki putus hujung jari telunjuknya apabila anak muridnya yang cuai menutup pintu kereta dengan kuat tanpa sengaja mengakibatkan jari guru tersebut tersepit dan putus.

Guru malang bernama Sharipuddin Jaafar yang mengajar di Sekolah Menengah Bukit Mercu Kuala Kangsar mengatakan bahawa beliau sudah pun memaafkan anak muridnya itu kerana kejadian itu adalah tidak disengajakan.

Rasa terharu pula bola dapat tahu tentang kejadian ini, betapa mulia dan tabahnya hati seorang pendidik, dengan mudah memaafkan kesalahan pelajarnya. Kesakitan dijarinya seperti tidak ada apa-apa jika mahu dibandingkan dengan rasa kasih sayang dan amanah dalam dirinya dalam mendidik anak bangsa.


Cuba bayangkan jika pelajar berada di tempat guru ni…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here