Dua krew lelaki rancangan Discovery Channel hampir dibaham oleh seekor jerung setelah diserang ‘bertubi-tubi’ ketika melakukan rakaman bagi rancangan itu.

Kedua mereka diserang ketika berada dalam bot yang bersaiz lebih kecil daripada ikan jerung tersebut.

Krew rancangan itu dipercayai ingin memasang kamera digital pada sirip jerung berkenaan.

Untuk itu, mereka memasang umpan berhampiran bot tersebut sebelum menanti seekor jerung mendekati bot mereka.

Apabila mereka menyedari jerung menghampiri sisi bot, mereka mula mendekatkan diri ke arah haiwan pemangsa tersebut.

Nasib malang menimpa salah seorang krew berkenaan apabila jerung itu menyerang bot dan menggigit tali yang menghubungkan bot berkenaan dengan bot utama.

Serangan jerung itu hampir saja mengakibatkan bot mereka terbalik.

Belum lagi detik cemas itu berakhir, mereka melihat gerakan jerung mengelilingi bot kecil itu sebelum membuat serangan kedua.


Penggambaran ini adalah sebahagian daripada Shark Week dalam rancangan Discovery Channel, tetapi adakah risiko yang tinggi ini berbaloi?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here