Seorang lelaki yang juga merupakan bekas banduan baru-baru ini telah berkongsi pengalamannya melihat sendiri ketua pembangkang Anwar Ibrahim ketika berada dalam penjara Sungai Buloh.

Sulaiman Ajik dikatakan baru sahaja dilepaskan daripada penjara setelah enam bulan di sana atas dakwaan mencuri.

Jom ikuti kisah pengalamannya bersama Anwar Ibrahim.


Kali pertama Lihat Anwar

“Kali pertama melihat Anwar di dalam sel waktu itu, saya cukup sayu dan sedih. Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,”

Baca Al-Quran, Jadi Imam

Anwar Ibrahim dikatakan menjadi imam ketika bersolat kepada banduan dan juga petugas di sana. Malah Anwar juga memberi tazkirah.

“Beliau langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada manusia.

“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,”

Anwar Ibrahim Sakit Belakang

“Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur,”

Anwar Ibrahim juga sering menyanyi lagu Azizah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here