Seorang pemandu wanita ditahan dan polis masih lagi sedang mencari pemandu lain berikutan kemalangan yang mengorbankan satu keluarga tiga yang berlaku pada kira-kira pukul 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Wanita berusia 35 tahun itu yang juga turut cedera telah ditahan selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Kami tahu identiti pemandu kedua yang terlibat dalam kemalangan itu,” kata Timbalan Penguasa Polis Trafik, Kuala Lumpur, S. Markandan kepada The Rakyat Post.

“Pemandu wanita mengalami kecederaan pada bibir dan telah diberikan rawatan pesakit luar.”

Mangsa kemalangan maut itu adalah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi perempuan mereka, Nur Firuza Annisa.

Mereka pulang ke rumah selepas menghadiri majlis perkahwinan di Putrajaya.

Saksi berkata dia melihat beberapa buah kereta dipandu laju di Lebuhraya Duke sebelum Perodua Myvi itu melanggar belakang Mitsubishi Pajero milik mangsa itu.

Akibatnya Pajero itu hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri.

Kereta Perodua Myvi kedua kemudian merempuh Pajero berkenaan lalu bergolek beberapa kali.


Ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari Pajero dan Fairuz meninggal dunia di tempat kejadian.


Nova Safitri dan anak perempuannya telah disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

Mayat-mayat itu dituntut oleh saudara-mara untuk dikebumikan hari ini.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak perempuan yang lain, Nur Amira Firuza, 7, dan Nur Firuza Akila, 3.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here