Ye, memang betul malang tidak berbau, tapi kalau sudah jelas-jelas salah, kenapa masih mahu menegakkan perkara yang salah?

Dari semalam lagi, berita melibatkan tentang kemalangan tragis antara kereta Pajero dan Perodua Myvi hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.

Rata-rata memikirkan nasib dua kanak-kanak yang menjadi anak yatim piatu setepas pemergian kedua ibu bapa termasuk adik bongsu yang berumur enam bulan dalam satu nahas yang berlaku semalam.

Bagaimanapun, tampil seorang wanita yang menggunakan nama panggilan Yana yang merupakan salah seorang ahli Myvi Familia Club mempertahankan kawan-kawannya yang terbabit dengan menafikan dakwaan ada perlumbaan haram berlaku.

Menurutnya, ahli kelab itu yang berada di sana lebih tahu kejadian sebenar yang berlaku.

Tapi apa yang peliknya, kenapa lima lagi pemilik kenderaan tersebut menghilangkan diri selepas nahas itu jika mereka betul-betul tidak bersalah?

Apatah lagi beberapa saksi yang berada di tempat kejadian sendiri mengesahkan enam Myvi tersebut sedang berlumba dan memandu dengan kelajuan yang tinggi.

Tak pasal-pasal kenyataan yang dikeluarkan Yana mendapat kutukan dan kecaman oleh pengguna laman sosial.

Sesiapa yang suka sangat berlumba di jalan raya tu, jadikanlah iktibar. Jalan raya bukan milik kita sorang jer. Cuba bayangkan kalau terjadi kepada ahli keluarga sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here