KUALA LUMPUR, 5 Mei 2015: Salah seorang daripada dua pelajar Malaysia di Moscow yang dimasukkan ke hospital selepas kebakaran berlaku di asrama di sana telah meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan.

Menurut laporan New Straits Times, Nur Atikah Alias, 25, mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki dalam kejadian itu.



Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Moscow, Francisco Munis, dipetik berkata bahawa Nur Atikah telah meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Skifosovsky sejak mendapat rawatan 22 April lalu.

“Ahli keluarga mangsa telah berada di sini sejak Sabtu lepas. Pihak kedutaan sedang membantu ahli keluarga untuk membawa pulang jenazah Atikah ke tanah air. “

Menurut Munis, pelajar lain yang masih menerima rawatan di hospital adalah dalam keadaan stabil.

Pada 23 April, 40 orang termasuk 27 rakyat Malaysia, cedera apabila satu kebakaran berlaku di tingkat 16 di luar kampus Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Pirogov Rusia pada pukul 11.30 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here