Seorang pemilik Myvi menceritakan nasib yang dialaminya apabila dilayan seperti pesalah kemalangan tragis yang berlaku di Lebuhraya Duke baru-baru ini.

Katanya, terdapat juga sticker group pada keretanya namun ia bukanlah sticker Familia Myvi Club (FMC) dan diubahsuai seperti kereta racing. Lagipun pada ketika itu dia sedang memandu kereta Myvi miliknya bersama dengan ahli keluarga.

Apa yang mengejutkan, memang begitu banyak kereta lain yang sengaja menghimpit dan terasa seperti dirinya adalah ahli FMC yang terbabit dalam nahas yang meragut nyawa itu.

Berikut adalah rintihan hati beliau:


Jadi kepada anda khususnya pengguna jalan raya di luar sana, janganlah bertindak seperti ini. Bayangkan jika anda adalah pengguna Myvi yang tidak terlibat langsung dalam tragedi itu, adakah anda mahu dilayan seperti ini? Siapa tahu mungkin kelakuan anda itu akan mengundang tragedi yang tidak diingini seperti itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here