JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu dikaji semula, titah Sultan Johor Ibrahim Iskandar semalam.

Baginda bertitah demikian berikutan pelaksanaan GST yang dikenakan pada perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

“Saya meminta kerajaan negeri dan PBT tidak mengenakan GST atas perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan GST pada perkhidmatan kerajaan yang merupakan tanggungjawab asas kepada rakyat.

Persidangan Dun akan bermula Ahad ini dan berakhir pada 18 Mei.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here