Sudah pasti dengan harta yang banyak kepunyaan insan ini, sudah tentu beliau mampu membina ‘istana’ mewah dikuburnya, tetapi apa yang mengejutkan, sewaktu majlis pengebumian beliau, tiada sebarang upacara tembakan peluru di langit mahupun trompet atau nyanyian, malah hanya kubur yang serba sederhana.

Lokasi tempat sang raja ini ditanam adalah sama dengan kubur rakyatnya dan juga tidak ada nama tertulis di kuburnya walaupun beliau seorang raja. Semuanya sama tidak kira dari segi bentuk atau ukuran.

Suasana yang sepi mengiringi pemergian beliau yang begitu sederhana bagi seorang pemimpin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here