“Saya gembira dengan husnul khatimah awak. Selamat berehat di sebaik-baik tempat berehat tunangku,” itulah kata-kata Wan Mohd Ikwan, 28, yang merupakan tunang kepada Nor Artikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Rusia pada Selasa lalu.

Kata-kata itu diluahkan olehnya melalui laman sosial Facebook.

Nur Atikah Alias, 25, yang cedera dalam kebakaran di sebuah asrama RNRMU bulan lepas, telah meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan ketika mendapat rawatan di Hospital Moscow Skifosovsky.

Mangsa adalah pelajar dalam bidang perubatan yang mendapat tajaan daripada Yayasan Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here