Apa yang seorang isteri impikan daripada seorang suami? Mestilah dia menginginkan suami yang susah senang setia bersama dan juga boleh memberikan sokongan moral terhadapnya sewaktu kesulitan.

Suami yang baik adalah suami yang boleh menjadi sahabat baik kepada pasangannya, mampu menemani isterinya sewaktu gembira atau sedih.

Bukan senang untuk menjadi suami yang sedemikian, namun tidak pula mustahil bagi suami untuk memahami kehendak dan perasaan isteri.

Ramai yang menganggap perempuan itu cerewet, susah untuk difahami. Tidak kurang juga mengatakan bahawa golongan wanita ini menyusahkan. Namun tahukah wahai para lelaki bahawa wanita itu boleh jadi sebab kita bahagia jika kena dengan caranya?

Seorang pengguna facebook menggunakan nama Jebon Bin Abdul Musang berkongsi kisah isterinya yang sakit dan dihantar ke hospital. Dan walaupun isterinya masih lagi dalam keadaan sakit, dia tidak lupa untuk menunjukkan kasihnya kepada suami tercinta.

Ikuti kisah yang diceritakan berikut:

5 pagi isteri aku beritahu dia sesak nafas, start kereta terus ke Hospital Serdang , sampai saja dia terus dirawat dan aku duduk di tepi. Bila dia pulih sedikit dia tengok aku yang letih dan tidak tidur dia terus suruh aku balik berehat.

Dalam masa dia tengah sakit dia masih memikirkan aku. Aku tunggu sehingga doktor cakap “she is ok only false alarm” baru aku balik.

Aku tidur, bangun, pergi makan dan seterusnya dalam pukul 4 aku balik rumah dan tunggu dia balik. Dia balik dengan KFC dia cakap kat aku, “Saya tahu awak tidak makan apa-apa lagi, jadi saya beli KFC.”

Isteriku dan rakan baikku untuk hampir 30 tahun. Aku bukan seorang lelaki yang baik. Aku tidak layak untuk dia.

Kadang kala kita sibuk mencari permata satu dunia sampai lupa permata yang paling berharga sekali ada di tepi kita seumur hidup kita.

Isteriku dan rakan baikku tidak pernah mengecewakan sepanjang hidup aku. Dan aku mengecewakannya sepanjang masa dan dia memaafkan aku untuk segala kesalahan yang aku buat.

Aku sayang kamu sayang. Aku minta maaf. Tuhan ampunkan aku. Aku tengah menangis sekarang.

Memahami, saling bertolak ansur, tolong menolong, berkongsi cerita dan meluangkan waktu bersama pasangan adalah kunci bahagia. InsyaAllah hubungan suami isteri akan berkekalan sampai bila-bila.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here