Seorang lelaki yang didakwa secara rawak menyerang kanak-kanak di wilayah Shaanxi China telah ditangkap, menurut satu laporan.

CCTV merakam aksi seorang lelaki berulang kali memijak budak berusia dua tahun di kaki lima di Luochuan County telah mencetuskan kemarahan di China.

Ia menjadi topik hangat diperkatakan dalam media sosial yang juga mengkritik orang ramai yang lalu lalang tanpa membantu.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, kanak-kanak itu mengalami keretakan tengkorak tetapi tidak berada dalam keadaan yang mengancam nyawa.

Lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Video itu menunjukkan kanak-kanak itu sedang menyapu sampah apabila seorang lelaki berjalan dan tiba-tiba membelasahnya.

Lelaki itu kemudian memukul kepala kanak-kanak itu berulang kali. Dia juga menggunakan penyapu untuk memukul kanak-kanak itu tanpa rasa belas kasihan.

Insiden itu terhenti apabila sekumpulan orang dari restoran keluar untuk menghentikan serangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here