Seorang pelajar berusia 16 tahun dibelasah hingga mati oleh senior berusia 17 tahun yang menendang mangsa di leher di sebuah kolej vokasional di Bachok di 01:30 pagi semalam.

Mangsa, Mohd Nor Akram bin Zime, dikatakan tidak menunjukkan hormat kepada senior, yang membawa kepada perasaan tidak puas hati.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa sedang tidur dengan empat rakan sebilik yang lain sebelum dikejutkan oleh suspek.


Sebaik saja mangsa dikejutkan dari tidur, dia terus disepak dua kali di leher mengakibatkan putus saluran darah di bahagian otak terputus.

Seorang guru yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan menghantar mangsa ke klinik berhampiran.”

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik.

Suspek yang dipercayai mempunyai ilmu mempertahankan diri kemudiannya ditahan pada 12.30 tengah hari semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here