Tentera Israel menembak mati seorang gadis Palestin berusia 16 tahun setelah mangsa didakwa cuba menikam seorang polis sempadan dalam satu pemeriksaan sempadan antara Tebing Barat dan Jerusalem yang diduduki, menurut media tempatan dan laporan polis.

Polis sempadan Israel menembak Samah Zuheir Mubarak, seorang pelajar dari bandar Ramallah, Tebing Barat, di pusat pemeriksaan al-Zaeem, yang memisahkan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dari kawasan kejiranan yang terletak di Jerusalem Timur.

Keluarga Mubarak, yang berasal di Semenanjung Gaza, diberitahu oleh media tempatan bahawa pasukan Israel membunuh anak perempuan mereka tanpa “belas kasihan”.

Dalam sebuah video yang dikeluarkan oleh Polis Israel, Mubarak dilihat berjalan ke arah pusat pemeriksaan. Dalam video lain, dia dilihat berdiri di sebelah kenderaan dan sekumpulan tentera Israel. Tidak pasti apa sebenarnya berlaku selepas itu, Mubarak kemudian ditembak pada jarak dekat dan jatuh ke tanah.

Video lain menunjukkan tentera Israel menggeledah barang-barangnya termasuk buku dan peralatan sekolah lain sambil mengosongkan begnya.

Ketua Polis Israel Jerusalem, Yoram Halevi, mengatakan gadis Palestin itu mengeluarkan pisau dan cuba “menikam” tentera Israel di pusat pemeriksaan al-Zaeem, dan dia ditembak.

“Tidak jelas apa sebabnya, apakah punca (di sebalik keberadaannya di tempat pemeriksaan),” katanya, sambil menambah kejadian itu sedang “disiasat”.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas sekurang-kurangnya tiga orang Palestin yang lain dibunuh oleh tentera dan peneroka haram Israel.

Pada Sabtu, Hamdi Naasan yang berusia 38 tahun meninggal dunia akibat cedera di desa Al-Mugheir di Tebing Barat selepas Israel dari penempatan haram berdekat melepaskan tembakan.

Ayman Hamed, 18, meninggal dunia di kampungnya di Silwad selepas tentera Israel menembak dan membunuhnya pada Jumaat kerana didakwa membaling batu.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh (Foto: Ammar Awad / Reuters)

Polis Israel juga membunuh Riyad Shamasneh dalam kejadian kejar mengejar berhampiran Pagar Damascus Old City di Jerusalem Timur pada Sabtu pagi.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa telah menyatakan kebimbangan apabila pasukan keselamatan Israel telah menggunakan kekerasan yang keterlaluan dalam menghadapi rakyat Palestin yang melakukan serangan atau disyaki berbuat demikian.

Polis Israel meringankan undang-undang tembakan terbuka pada Disember 2015, yang membenarkan pegawai melepaskan tembakan kepada mereka yang membaling batu atau letupan api sebagai langkah awal, tanpa perlu menggunakan senjata yang tidak membunuh terlebih dahulu, memetik laporan Al Jazeera (31/01/2019).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here