Misteri bau busuk air di sebuah kondominium Bukit Damansara telah terjawab selepas mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam tangki air pada Selasa lalu.

Penduduk kondominium itu mengadu tentang bau yang teruk sejak 7 Mei 2015. Salah seorang daripada mereka, Abbas, 23 tahun, berkata dia dan rakan serumah tetap minum air itu walaupun berbau kerana mereka fikir paip itu berkarat.


“Kami minum dan mandi dengan air itu selama lima hari.


Hanya pada hari Rabu kami mendapat tahu punca bau pelik itu yang disebabkan oleh mayat di dalam tangki air,” katanya.

Seorang lagi penduduk berkata beliau mengalami trauma akibat kejadian itu dan kini membeli air mineral dari luar untuk digunakan.


Menurut polis, mangsa yang berusia 43 tahun, Chuan Wan Chooi, bukan penduduk kondominium itu dan laporan orang hilang itu pernah dibuat oleh abangnya pada 9 Mei.


Sementara itu, Prof Dr S Shamala Devi menasihatkan mereka yang telah digunakan air yang tercemar itu untuk berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala-gejala seperti demam, sakit perut atau cirit-birit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here