Apa agak-agaknya benda hitam yang kelihatan seperti tumpahan minyak ini? Seperti yang kita tahu, lautan penuh dengan haiwan-haiwan yang berbahaya dan pada masa yang sama sangat menakjubkan.

Gambar di atas sebenarnya bukanlah tumpahan minyak atau spesis haiwan lautan yang besar, tapi ia sebenarnya hanyalah ikan bilis yang berenang dalam satu kumpulan yang besar. Menurut sumber, fenomena ini dilihat di La Jolla pada 8 Julai 2014.

Menurut saintis tempatan, fenomena seperti ini sangat jarang terjadi dan ia adalah kali pertama berlaku semenjak 30 tahun yang lalu. Apa yang tidak diketahui adalah sebab kenapa ikan bilis ini pindah ke kawasan laut yang cetek.

Lihat gambar di bawah, subhanallah, sangat menakjubkan bukan?


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here