Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sememangnya terkenal dengan sifat merendah diri dan berjiwa rakyat.


Baru-baru ini, ketika di di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, baginda mengejutkan banyak pihak apabila sejurus sahaja keluar dari kenderaannya, baginda terus meluru kepada anggota polis yang mengirinya untuk bersalam sebagai tanda terima kasih walaupun pada ketika itu ramai orang kenamaan menanti untuk bersalam dan mengucap selamat jalan kepada baginda.


Perbuatan baginda yang bersalam secara bersendirian sahaja dan mengucapkan terima kasih kepada anggota Polis Traffik Malaysia yang bertugas menimbulkan rasa hormat dan kagum orang ramai dengan keperibadian baginda.

Walaupun memang tugas anggota polis mengiringi orang-orang kenamaan, tetapi kami pasti mereka tidak pernah merasai pengalaman seperti itu yang datangnya daripada seorang yang bergelar sultan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here