Memang sudah menjadi perkara kebiasaan buat golongan yang suka mendaki gunung, apabila berjaya sampai ke puncak sudah pasti perkara pertama yang dibuat adalah menangkap gambar bersama rakan-rakan atau berselfie.

.
Tetapi malang tidak berbau buat Eri Yunanti, 21, dia tergelincir jatuh ke dalam kawah Merapi sedalam 200 meter sewaktu berselfie di puncak gunung tersebut pada Sabtu lalu.

Keadaan kawah Merapi yang boleh dilihat dari atas gunung.

Lelaki yang merupakan Mahasiswa Universiti Atma Jaya Yogjakarta tersebut dikatakan mendaki bersama lima rakan lain pada malam Jumaat sebelum tiba di puncak sekitar jam 11 pagi, Sabtu.

Sewaktu bergambar di Puncak Garuda yang berada di tepi Kawah Merapi, Eri dipercayai tergelincir dan terus hilang dari pandangan.

Hingga kini pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan masih mencari mangsa.

Misi menyelamat menjadi sulit oleh kerana keadaan cuaca yang kurang baik, bukan itu sahaja, kawah juga melepaskan gas berbahaya yang memaksa mereka memakai alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here