Sekumpulan kanak-kanak dan remaja berusia antara 11 hingga 15 tahun mengaku bersalah mendera, membunuh dan menanam seorang budak lelaki berumur 6 tahun di Mexico, ketika mereka berpura-pura menculiknya.

Kanak-kanak itu dikatakan telah mengajak Christopher bermain penculikan dengan mereka di satu kawasan terbiar berdekatan rumah Christopher.

Mereka kemudian mengikat Christopher dan menekan lehernya dengan menggunakan kayu sebelum melontarkan batu dan akhirnya menikam Christopher di belakang.

Kanak-kanak lelaki yang berusia 6 tahun itu ditemui mati tertanam dalam kubur cetek di Chihuahua dua hari selepas meninggal dunia.

Lebih menyakitkan hati apabila kanak-kanak yang terlibat pembunuhan itu turut serta dalam operasi pencarian yang dibuat oleh polis dan penduduk tempatan.

Dua orang suspek yang berusia 15 tahun itu menghadapi tuduhan jenayah, sementara yang lain diserahkan kepada pihak berkuasa kerana tidak boleh dibicarakan disebabkan faktor umur, iaitu di bawah 14 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here