Ogos 2013 – Satu video yang dimuatnaik di media sosial menjadi viral menunjukkan Emine Erdogan, isteri Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan, menangis ketika beliau bertemu dengan penduduk islam di negeri Rakhine, barat Myanmar.

Emine Erdogan diiringi Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu ketika dia meninggalkan negaranya pada hari Rabu untuk meninjau keadaan di Rakhine di mana kaum Buddha tanpa belas kasihan melakukan penindasan terhadap Muslim Rohingya yang telah menyebabkan ramai kematian umat islam di sana.

Puan Erdogan tidak dapat menghentikan air matanya apabila seorang lelaki bercakap dalam bahasa tempatan Rohingya menyebabkan beliau bertambah sedih.

Turki menawarkan bantuan kemanusiaan bernilai $ 2.000.000. Myanmar yang umumnya hanya membenarkan bantuan kemanusiaan melalui pertubuhan-pertubuhan PBB tetapi baru-baru ini menerima bantuan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Human Rights Watch berkata pada 1 Ogos penduduk Rohingya telah ditangkap secara besar-besaran, pembunuhan dan rogol dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar. 


Penduduk islam minoriti itu terpaksa menanggung beban layanan keras dan serangan oleh penganut Buddha dan Rohingya di negeri Rakhine.


Sekurang-kurangnya 800,000 Rohingya tidak diiktiraf sebagai salah satu daripada kumpulan etnik dan agama di negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here