Akhbar Turki Takvim melaporkan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sedang berusaha untuk menyelamatkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dari hukuman mati yang diturunkan kepadanya pada hujung minggu.

Menurut akhbar itu, Erdogan dengan pengantaraan Saudi dan Qatar sedang memohon untuk membawa Presiden Morsi dari Mesir ke Turki.

Menurut laporan akhbar, Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi masih lagi membisu mengenai isu ini, tetapi pada masa yang sama, beliau masih lagi mahu menyingkirkan Morsi.

Al-Sisi pernah bertemu dengan Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan Sedqi Subhi untuk membincangkan tentang isu itu. Mehlib mencadangkan untuk membuang Morsi kerana negara akan menghadapi protes ganas jika beliau dihukum mati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here