Tentera laut Turki sedang menjalankan usaha-usaha untuk menyelamatkan umat Islam Rohingya yang terkandas di selat perairan pantai antara Thailand dan Malaysia, kata Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu.

Turki telah melakukan usaha sehabis mungkin untuk mendapatkan Muslim Rohingya di laut dengan kerjasama Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), bersama bantuan kapal dari Angkatan Tentera Turki yang telah berada di laut itu.

Kira-kira 7,000 hingga 8,000 pelarian Rohingya dan Bangladesh yang berada di Selat Melaka memerlukan bantuan makanan, minuman dan tempat tinggal.

Bot yang membawa kira-kira 500 warga Muslim Rohingya Myanmar yang ditindas terdampar di barat Indonesia pada 10 Mei, dengan beberapa orang daripadanya memerlukan rawatan perubatan.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak tiba bersama dua buah bot berasingan, dengan muatan seramai 430 orang dan 70 orang masing-masing, kata Steve Hamilton, Timbalan Ketua Perwakilan di IOM di Jakarta.

Muslim Rohingya telah menderita berdekad-dekad lamanya apabila pemerintah junta Burma telah meluluskan satu undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang mengakibatkan Muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanah air mereka sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here