Ankara – Sebuah portal berita, Business Insider telah mengeluarkan senarai 10 negara besar yang mempunyai angkatan tentera yang terkuat di dunia.

Portal berita milik Amerika tersebut meletakkan Turki adalah satu-satunya negara muslim yang termasuk dalam 10 negara besar yang tenteranya adalah antara yang terhebat di dunia.

Seperti yang dilaporkan oleh laman berita safa.ps, Amerika menduduki kedudukan pertama sebagai tentera terkuat di dunia, diikuti oleh Rusia dan China.

Standard penilaian setiap negara adalah berdasarkan kuantiti tentera, wang belanja tentera dan peralatan tempur termasuk di dalamnya jumlah pesawat pejuang dan kereta kebal.

Negara lain yang turut termasuk dalam 10 negara besar terkuat itu adalah Jepun, Turki, Inggeris, Perancis, Jerman dan Korea Selatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here