Seorang jurutera pesawat mengambil nyawanya sendiri selepas dia menjadi ‘taksub’ dengan menyalahkan dirinya sendiri akibat kemalangan yang membabitkan pesawat AirAsia yang mengorbankan 162 orang December lalu.

Isterinya Louise memberitahu walaupun banyak pujukan dilakukan oleh ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan untuk meyakinkan dia apa yang terjadi bukan kesilapannya, namun tetap gagal merubah pemikirannya.

“Dia fikir dia adalah orang yang harus dipersalahkan akibat pesawat yang terhempas itu. Pemikiran itu membuatkan dia menjadi seperti gila. Dia taksub.”

Isterinya turut mengatur pertemuan antara suaminya yang berusia 37 tahun itu dengan ketua Keselamatan Dan Kualiti di tempat kerja untuk meyakinkan Encik Jones dia tidak bersalah tetapi tidak berjaya.

Akhirnya, isterinya menemui suaminya itu mati tergantung di rumah mereka di daerah Saltney, Januari lalu. Katanya, Jones sempat meninggalkan sekeping nota menjelaskan tindakannya itu.


Jones adalah seorang jurutera sebuah syarikat di Flintstone dan pernah juga mengendalikan projek Airbus 320 yang merupakan jenis pesawat yang sama dengan pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here