(Foto: Agency)

Ankara mahu membina zon selamat di utara Syria supaya pelarian Syria yang berlindung di Turki boleh pulang ke negara asal mereka, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Bercakap di Istanbul pada hari Isnin, Erdogan juga berkata hampir 300,000 orang Syria telah kembali pulang ke negara mereka yang dikawal oleh Turki dan penentang (Free Syrian Army) yang didukung Turki di utara Syria, sambil menambah bahawa beliau menjangkakan berjuta-juta rakyat Syria akan pulang ke zon selamat yang akan dibina.

Turki menjadi rumah kepada kira-kira empat juta pelarian Syria.

Dalam satu langkah mengejutkan bulan lepas, Presiden Donald Trump berkata beliau akan menarik balik 2,000 tentera AS dari Syria, dan Erdogan kemudian berkata bahawa mereka telah membincangkan penubuhan zon selamat pada jarak 32 km di negara yang dilanda perang di sepanjang sempadan Turki.

Pada hari Jumaat, Erdogan berkata bahawa Turki menjangkakan zon selamat akan dibina dalam masa beberapa bulan.

Beliau menambah bahawa zon selamat itu juga bertujuan untuk melindungi Turki daripada “pengganas”, merujuk kepada militan Kurdish Syria yang disokong AS dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) yang mengawal kawasan di timur laut Syria di sepanjang sempadan Turki.

YPG dilihat sebagai kekuatan berkesan oleh AS dalam perjuangan menentang ISIL, namun Turki mengatakan ia dikaitkan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang dilarang, yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Ankara dan Washington.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata pada hari Khamis Ankara mempunyai keupayaan untuk mewujudkan zon selamat di Syria sendiri, tetapi tidak akan mengetepikan AS, Rusia atau yang lain jika mereka mahu bekerjasama.

“Turki tidak menghalau pelarian untuk pulang selama bertahun-tahun, namun kira-kira 300,000 pelarian pulang ke daerah yang dikawal oleh Turki dan penentang (Free Syrian Army) yang didukung Turki di utara Syria, seperti Jarablus dan Al-Bab,” memetik Osama Javaid dari Al Jazeera, melaporkan dari Gaziantep di sempadan Turki-Syria.

“Dan lebih banyak pelarian pulang hanya mungkin, menurut Erdogan, jika Turki dapat mengawal dari sebelah barat Sungai Euphrates sehingga sempadan Iraq.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here