Doktor di China terkejut apabila seorang wanita tiba di hospital dengan spatula ‘terperangkap’ dalam tekaknya. Namun mujurlah mereka berjaya keluarkan spatula dan menyelamatkannya.

Menurut laporan, Guan Hsuing yang berusia 31 tahun itu sedang mencuba resipi baru dengan rempah eksotik dan dia tiba-tiba merasakan kerongkongnya mula membengkak kerana alahan.


Selepas itu, dia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan menggunakan jarinya, kemudian menggunakan penyepit namun usahanya tidak berjaya.

Apabila dia menjadi semakin sukar untuk bernafas, Hsuing menggunakan spatula hampir 12 inci panjang ke dalam kerongkongnya untuk membuka saluran pernafasan itu mengakibatkan spatula itu itu tidak dapat dikeluarkan dari dalam tekaknya.

“Saya masih ingat beberapa petua tradisional mengatakan ia membantu untuk menggunakan sesuatu bagi mengosongkan tekak,” kata Hsuing menurut laporan Daily Mail.

Anaknya membawa Hsuing turun ke bawah untuk membantunya. Kemudian, selepas dikejarkan ke hospital, doktor terus merawat Hsuing setelah menyedari dia hampir mati dengan spatula berada dalam tekaknya.

Doktor berjaya mengeluarkan spatula itu namun mereka terpaksa memotong 8 inci oesophagus Hsuing yang sudah rosak akibat insiden itu.

Doktor tiada pilihan lain selain menarik lapisan perut Hsuing untuk membuat sambungan baru antara esofagus dan perutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here