Foto di atas ini adalah salah satu daripada teka-teki yang sukar dijawab yang berlegar di media sosial sekarang. Pada mulanya, anda akan rasa mustahil untuk menyelesaikan teka-teki tetapi apabila anda melihat jawapannya, anda akan ketuk kepala anda kerana tidak melihatnya, hehe.

Pertama sekali, foto di atas bukan hanya foto biasa, ianya merupakan ilusi optik. Dalam foto ini sebenarnya tersembunyi satu imej lain.

Jadi, apa yang anda dapat lihat dalam gambar ini? Mungkin katak yang sedang duduk? Bagaimana jika min memberitahu anda bahawa ada kuda tersembunyi di dalam foto ini? Ya, benar. Kita baru memasuki part paling sukar.

Imej di atas menunjukkan gambar seekor katak. Tetapi di dalam foto ini juga ada kuda tersembunyi. Cuba cari dulu.

Jadi, adakah anda dapat menjumpai kuda dalam foto ini? Baru tahu rupa-rupanya ada kuda juga? Sudah jumpa? Tidak? Ok, min akan memberi anda petunjuk.

Dalam imej ini, jika anda cuba mencari seekor kuda, anda pasti akan gagal.

Jika anda perhatikan gambar ini dengan teliti, anda akan menjumpai hanya ada kepala dan leher kuda. Itu sahaja, itupun kalau jumpa.

Masih tidak nampak?

Satu lagi petunjuk – Cuba cari di atas daun bunga lili. Kalau perhatikan betul-betul ada sesuatu ganjil kepadanya, bukan? Sekarang sudah jumpa?

Masih tak jumpa? Cuba pusing foto ke kiri.

Berikut adalah gambar:

Bila dah nampak kuda, katak pulak tak nampak kan? Haa, jangan lupa kongsikan artikel ini di timeline anda, bagi kawan korang pulak pening, hehe.

Tonton video:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here