Seorang budak lelaki yang hilang ditemui dalam keadaan hidup selepas hilang selama tiga hari di hutan North Carolina mendakwa beruang yang ‘peramah’ menjaganya.

Casey Hathaway, 3, dijumpai di dalam keadaan basah dan kesejukan dalam semak pada Khamis malam.

Sebelum menghilang, lelaki itu dilihat kali terakhir bermain dengan sepupu dan kakaknya di belakang taman belakang rumah neneknya.

Budak yang dijumpai kembali itu telah menimbulkan banyak persoalan, ramai yang tidak dapat memahami bagaimana dia terselamat sendirian di dalam hutan yang dipenuhi haiwan liar selama 55 jam.

Pegawai Craven County, Chip Hughes berkata Casey “mengatakan bahawa dia mempunyai kawan di dalam hutan iaitu beruang yang ada bersama dia”.

Seorang penyelidik beruang berkata: “Jika budak itu merasa selesa di bawah jagaan binatang liar ia tidak mengapa. (Foto: BlueMaxphoto / Getty Images / iStockphoto)

Ibu saudaranya Breanna Hathaway menulis di Facebook: “Tuhan menghantarnya kawan untuk menjaga dia supaya selamat, keajaiban boleh terjadi.

Sebuah page crowdfunding, yang ditubuhkan oleh seorang ahli keluarga, menyatakan: “Dia memberitahu kami bahawa sahabatnya beruang itu bersamanya untuk membantu dia selamat, terima kasih kepada rahmat tuhan, dia pulang ke rumah kami dengan selamat dan hidup.”

North Carolina mempunyai populasi beruang hitam yang tinggi, walaupun kebenaran dakwaan budak yang hilang itu dijaga oleh beruang masih lagi diragui benar atau tidak.

Casey hilang selama 55 jam dan ditemui masih dalam keadaan sedar dan berjaga-jaga.

Casey dipercayai hilang lebih dari dua hari. (Foto:
AP)

Pasukan mencari dan menyelamat yang besar dikerahkan untuk budak lelaki yang hilang tersebut yang melibatkan ratusan sukarelawan, penyelam dan Tentera Laut AS.

Skuad penyelamat yang besar dikerahkan untuk operasi menyelamat dan juga tentera laut yang terlatih untuk beroperasi dalam situasi yang sukar. (Foto: Daily Mail)

Jurucakap FBI, Shelley Lynch berkata budak lelaki itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat profesional di Craven County di timur North Carolina.

Operasi pencarian ditanguhkan pada hari Khamis akibat hujan lebat dan angin kencang, tetapi anak lelaki itu kemudian dijumpai dalam keadaan selamat pada hari itu.

Casey di hospital bersama penyelamatnya yang mengeluarkannya dari semak duri pada petang Khamis dan membawanya ke tempat selamat. (Foto: Daily Mail)

Pegawai Craven County, Chip Hughes berkata: “Budak kecil itu gembira dan ibu bapanya sangat gembira juga.”

Sebelum ini, neneknya membuat panggilan kecemasan 911 selepas dia gagal mencari cucunya dalam pencarian selama 45 minit di hutan, memetik laporan Daily Mail.

Dia berkata: “Cucu saya berusia dua tahun hilang, dia berjalan di hutan di belakang rumah dan kami tidak dapat mencari dia, cucu yang berusia tiga tahun.”

Merujuk kepada kakaknya dan sepupu, dia menambah: “Yang lain pulang ke rumah tetapi dia ditinggalkan di sana dan dia berjalan ke suatu tempat dan kita tidak dapat mencari dia.”

Dijumpai: Casey Lynn Hathaway berkata dia bergantung kepada jagaan beruang selama dia hilang di dalam hutan. (Foto: Daily Mail)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here