Jumlah pembinaan rumah kecil seperti ini semakin meningkat. Ramai orang menyedari bahawa kita tidak perlukan villa ataupun banglo yang besar untuk bahagia.

Jadi, apa yang membuatkan rumah ini menjadi salah satu antara rumah pilihan?

Apa yang menyeronokkan tentang rumah ini adalah kita tidak perlu memikirkan kos bil elektrik yang tinggi atau membeli perabot yang mewah. Dengan kos keseluruhan yang agak rendah, hampir 68% pemilik rumah kecil ini tidak perlu melakukan apa-apa pinjaman perumahan. Sangat menarik, bukan?

Anggaran kos rumah kecil ini daripada $ 8,000 hingga $ 30,000 dolar, bergantung kepada tahap kemewahan dan seluas mana rumah. Ia boleh dibina di mana sahaja dan sesuai untuk sesiapa sahaja. Ia merupakan rumah yang agak menarik lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga atau mereka yang mempunyai keluarga dalam bilangan yang kecil.

Chris Heininge adalah peminat rumah kecil, jadi dia memutuskan untuk membina rumah kecil miliknya sendiri seluas 280 kaki persegi. Jom lihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here