Yatt Hamzah baru-baru ini memuat naik satu foto di Instagram yang memaparkan pakaian muslimahnya dengan berjubah dan berniqah ketika sedang bersukan.

Kami yakin tidak salah jika nak bersukan dengan pakaian sebegitu, malah menutup aurat adalah perkara yang mesti dilakukan tidak kira lelaki atau wanita yang bergelar islam.

Namun, lain manusia lain pendapat kan? Tampil pula seorang pengikut Yatt di Instagram menyuarakan pendapatnya dengan mengatakan berpakaian seperti itu adalah kurang sesuai.
Di bawah adalah antara jawapan balas pengikut Yatt di Instagram yang tidak bersetuju dengan kenyataan wanita itu.


“Sorry cakap.. Kurang sesuai pakai macam tu..”

“Pakai jubah pun boleh berskating, takkan main bowling tak boleh?”

Asalkan pakaian yang dipakai tidak menjolok mata dan seksi dan apa yang penting dan wajib diutamakan terlebih dahulu menutup aurat, jadi apa salahnya kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here