Seorang pemandu bas yang disebut-sebut sebagai paling seksi dan kacak di wilayah Hubei di China merayu penumpang supaya tidak mengganggu ketika dia memandu selepas gambarnya tersebar luas di dunia maya.

Peng menjadi terkenal di dunia maya dan menjadi bahan percakapan di beberapa forum dengan mengatakan rupanya seiras dengan idola remaja Hong Kong, Daniel Wu.


“Beberapa penumpang mengambil gambar saya di dalam bas tanpa menyedari bahawa mereka menyekat cermin pandang belakang,” katanya.

“Sesetengah wanita bertanya kepada saya secara langsung nombor telefon bimbit saya, dan ini boleh menimbulkan bahaya kepada pemanduan saya.”

Peng Kai berkata, dia hanya mahu memandu penumpang dengan selamat ke destinasi mereka dan meminta orang ramai supaya jangan mengganggu tugasnya.


Ini bukan kali pertama terdapat pemandu bas tampan di bandar itu. Pada bulan Januari 2011, seorang pemandu bas yang kelihatan seperti 
pelakon Hong Kong, Daniel Wu, juga telah dikatakan sebagai pemandu bas paling kacak di Wuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here