Kuala Lumpur, 29 Mei 2015 – Seorang lelaki tempatan cedera parah selepas terjatuh setinggi 70 kaki dari menara Masjid Kampung Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, lelaki tersebut yang hanya dikenali dengan nama Abshah, 23, patah kaki dan tangannya dan mengalami lebam di bahagian belakang kepalanya.

Mangsa diusung selepas mengalami kecederaan teruk setelah jatuh dari menara masjid.

Ketika Bernama tiba di lokasi, lelaki itu ditemui terbaring melentang dalam keadaan mengerang kesakitan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Titiwangsa berkata menurut saksi, mangsa dilihat memanjat ke arah bumbung menara sebelum dia jatuh.

Tambahnya, tiada sebarang dokumen ditemui pada badan mangsa.


Keyword: Keadaan terkini mangsa jatuh dari masjid, gambar dan foto jatuh dari masjid, terbaru lelaki jatuh dari masjid kampung baru, lelaki parah, hospital

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here