KUALA LUMPUR, 29 Jan – Bekas pembawa pingat Olimpik dari Poland telah memutuskan untuk mernolak tawaran kerja untuk melatih skuad renang Malaysia, sebahagiannya berpunca dari keputusan Putrajaya untuk menolak kemasukan atlet Israel.

Pelantikan Bart Kizierowski diumumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) minggu lalu, tetapi bekas perenang itu tidak akan mula berkhidmat di Bukit Jalil selepas Tahun Baru China seperti dalam perancangan awal, lapor The Star.

Kizierowski dilaporkan menulis di Facebook bahawa beliau ditawarkan “tawaran yang sangat menarik sebagai jurulatih dari Kesatuan Renang Malaysia”.

“Antara sebab peribadi yang lain, saya menolaknya kerana kenyataan baru-baru ini dibuat oleh ahli politik Malaysia mengenai penolakan visa untuk atlet yang sepatutnya bersaing di Kejohanan Dunia yang dianjurkan oleh negara itu. Tiada tempat dalam sukan perkara sebegitu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti renang di Malaysia yang menunjukkan kepercayaan kepada saya dan memberi saya peluang itu,” kata pemain berusia 41 tahun tersebut dalam siaran Facebooknya.

Semakan kami mendapati bahawa siaran Facebook tersebut telah dimuat naik pada 24 Januari.

The Star melaporkan Kizierowski sebagai bekas pemenang Kejuaraan Dunia untuk Poland dalam kategori 50m gaya bebas lelaki, dan telah mewakili Poland dalam Sukan Olimpik sebanyak empat kali sejak 1996 sebelum menjadi jurulatih.

Local Daily melaporkan bahawa beliau sedang berkhidmat sebagai jurulatih di Sepanyol apabila ditawarkan tawaran kerja di Malaysia.

Laman web Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menyenaraikan namanya, Bartosz Kizierowski, dengan penyertaan untuk tahun 1996, 2000, 2004 dan 2008.

Menurut The Star, Setiausaha ASUM, Mae Chen terkejut dengan keputusan Kizierowski. Bekas jurulatih renang kebangsaan Amerika, Chris Martin, mungkin menggantikan peranan untuk melatih perenang Malaysia buat sementara waktu.

“Kita perlu mencari jurulatih baru. Martin mungkin akan diminta masuk sebagai jurulatih sementara tetapi kita perlu berbincang dengan NSC terlebih dahulu mengenai apa pilihannya,” kata Chen.

November lalu, The Star melaporkan bahawa Martin adalah antara empat calon terbaik yang dikemukakan oleh SUM kepada NSC untuk jawatan ketua jurulatih untuk acara renang kebangsaan di Bukit Jalil.

Kemudian dilaporkan bahawa sebarang pelantikan yang melibatkan Martin akan bergantung kepada NSC, memandangkan pemotongan bajet untuk sukan.

Pada 27 Januari, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik semula hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Dunia Para 2019 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada Julai ini, disebabkan larangan Putrajaya terhadap penyertaan atlet Israel dalam acara sukan itu.

IPC meluahkan kekecewaanya dan menyatakan bahawa “politik dan sukan tidak patut bercampur”.

IPC mengatakan ia tidak mempunyai pilihan selain mencari tuan rumah baru untuk World Para Swimming Championships, yang dikatakan sebagai acara “penting” sebagai tindakannya sebagai pemain kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, apabila Malaysia tidak membenarkan atlet dari Israel turut serta kerana “alasan politik”.

Kuching, Sarawak pada mulanya menjadi tempat untuk Kejohanan Renang Dunia Para dari 29 Julai hingga 4 Ogos, dengan kira-kira 600 perenang dari sekitar 60 buah negara termasuk Israel pada asalnya dijadualkan untuk menyertai.

Tetapi kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan kerana pendirian pro-Palestin, Israel tidak boleh masuk Malaysia dan sebaliknya.

Dalam laporan berasingan oleh Sinar Harian, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata keputusan Malaysia untuk menolak kemasukan atlet Israel tidak akan memberi kesan kepada pembangunan sukan negara.

“Saya agak yakin dari segi pembangunan sukan ia akan tetap lancar kerana ini merupakan pendirian yg dah lama Malaysia ambil sebelum ini, kita pernah menganjurkan pelbagai jenis sukan dan juga aktiviti antarabangsa.

“Sebab utama kerana bumi Palestin sangat dekat di hati rakyat Malaysia dan ini bukan isu Islam semata-mata. Ini isu kemanusiaan dan dekat di hati semua tidak mengambil kira agama dan bangsa , “katanya dipetik.

Berita harian melaporkan semalam Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengatakan bahawa Kabinet Malaysia mengetahui risiko larangan kemasukan kepada atlet Israel, tetapi memutuskan untuk meneruskan demi menyatakan pendirian Malaysia kepada rejim Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here